← Halaman Utama 📖 Panduan Pendaftaran

Daftar Akaun Baru

Teratak Ngaji - Platform Kelas Mengaji Online

Pilih Guru & Jenis Kelas

Harga dipapar selepas pilih guru (info kelas). Kelas guru mungkin khas lelaki/perempuan/campur.

Pelajar dewasa boleh daftar sendiri & bayar yuran dari portal.

Terma & Syarat Pelajar

Versi 1.1 — September 2026

1. Penggunaan Platform
Pelajar bersetuju menggunakan Platform Teratak Ngaji untuk tujuan pembelajaran mengaji Al-Quran dan ilmu Islam sahaja. Sebarang penyalahgunaan sistem boleh mengakibatkan penamatan akaun.

2. Bayaran Yuran
Yuran bulanan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan oleh guru. Bayaran dibuat melalui Platform (ToyyibPay). Pembayaran tidak dikembalikan bagi kelas yang telah diadakan.

2a. Polisi Tunggakan & Eskalasi
Pelajar/ibu bapa bersetuju dengan dasar tunggakan berikut yang dilaksanakan secara automatik oleh sistem:
(i) Peringatan 1 — dihantar apabila yuran melewati tarikh akhir;
(ii) Peringatan 2 — dihantar jika tunggakan melebihi 7 hari;
(iii) Amaran — jika tunggakan melebihi 14 hari, notis amaran dihantar dan keahlian berisiko digantung;
(iv) Penggantungan — jika tunggakan melebihi 21 hari, keahlian DIGANTUNG dan akses kelas disekat sementara;
(v) Penamatan — jika tunggakan melebihi 35 hari selepas notis, akaun boleh DITAMATKAN. Reaktivasi akaun selepas penggantungan memerlukan penjelasan penuh tunggakan.

3. Kehadiran
Pelajar dijangka hadir tepat pada masa kelas. Pembatalan kelas oleh guru akan digantikan pada masa lain yang dipersetujui.

4. Peranti & Internet
Pelajar bertanggungjawab menyediakan peranti dan sambungan internet untuk kelas online. Platform tidak bertanggungjawab atas gangguan teknikal di pihak pengguna.

5. Privasi
Maklumat peribadi pelajar dilindungi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Data tidak dikongsi dengan pihak ketiga tanpa kebenaran.

6. Penamatan
Pelajar atau ibu bapa boleh menamatkan kelas bila-bila masa dengan notis kepada guru. Bayaran yang telah dibuat bagi kelas yang belum diadakan akan dikembalikan.

Perjanjian Guru Teratak Ngaji

Versi: 2.2 - Oktober 2026

1. Definisi
Platform bermaksud Teratak Ngaji yang dimiliki Empower Academy SDN BHD. Komisyen Platform bermaksud peratusan tambahan yang ditanggung Penjaga (ibu bapa) atas setiap bayaran yuran pelajar melalui Platform (7% plan Percuma, 5% plan Professional, 3% plan Premium) — yuran penuh 100% kekal milik Guru/Institusi. Komisyen tidak ditolak daripada yuran.
2. Penerimaan Terma
Dengan mendaftar, Guru bersetuju dengan semua terma. Akaun guru baru menerima percubaan Premium 14 hari; selepas tamat, akaun beralih automatik ke plan Percuma.
3. Tanggungjawab Guru
Mengajar mengikut silibus (Iqra 1-6, Juz Amma, Al-Quran), hadir tepat waktu, rekod progress selepas setiap kelas, menjaga adab, dan tidak meminta bayaran terus daripada pelajar — semua yuran mesti melalui Platform.
4. Harga & Komisyen
Guru menetapkan sendiri harga kelas melalui profil (lalai platform: RM100 individu, RM50 kumpulan). Caj Platform dikenakan kepada Penjaga sebagai add-on: 7% (Percuma), 5% (Professional), 3% (Premium), 3% (Institusi). Tiada yuran bulanan ke atas plan Percuma.
4a. Royalti Silibus ALAS & Darul Fikir
Komisyen Platform termasuk royalti silibus 1% (dikongsi 50/50 antara Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS) dan Darul Fikir) bagi penggunaan silibus Tajwid dan Iqra secara digital (view mode only). Untuk akaun Institusi: royalti 2% daripada yuran + 10% daripada langganan bulanan, dan 1% daripada caj yuran 3% kekal kepada Empower Academy. Dilarang mencetak, merakam skrin atau menyebar silibus digital di luar Platform. EA bertindak sebagai ejen jualan buku fizikal silibus kepada guru dan ibu bapa pada harga runcit.
5. Ciri Ikut Plan
Percuma: fungsi pengurusan penuh, 7% komisyen. Professional (RM29/bln): laman profil guru awam, direktori marketplace, peringatan WhatsApp automatik, 5% komisyen, AI Copywriting 15/minggu. Premium (RM69/bln): 3% komisyen, invois & resit atas nama guru sendiri, prioriti marketplace, sokongan WhatsApp khas, AI Copywriting tanpa had.
6. Pembayaran Yuran
Semua yuran dibayar oleh ibu bapa melalui ToyyibPay (FPX, DuitNow QR, kad). Resit dijana dan dihantar automatik. Guru dilarang menerima bayaran luar Platform.
7. Kelayakan & Kelulusan
Guru mesti mempunyai kelayakan relevan dan memuat naik dokumen sokongan (sijil + kad pengenalan). Pihak Empower Academy menyemak dokumen sebelum meluluskan akaun.
8. Penamatan
Guru boleh menamatkan perjanjian dengan notis 30 hari. Empower Academy berhak menamatkan akaun yang melanggar terma. Baki bayaran yang sah akan diselesaikan.
9. Privasi Data
Maklumat pelajar digunakan semata-mata untuk tujuan kelas mengaji melalui Platform dan tidak dikongsi dengan pihak ketiga.
10. Institusi
Institusi (KAFA, MAIJP, sekolah agama, PPKI) boleh langgan plan Institusi Standard (20 guru) atau Premium (guru tanpa had) dengan bayaran langganan bulanan/tahunan tetap. Caj platform minimum 3% ditambah pada setiap bayaran yuran pelajar semasa checkout (bersama caj standard ToyyibPay) — royalti 1% setiap satu untuk Empower Academy, ALAS dan Darul Fikir; yuran 100% tetap milik institusi. Selain itu, 10% daripada langganan bulanan institusi dibayar sebagai royalti penerbit — dijamin walaupun yuran pelajar RM0. Admin institusi boleh menetapkan harga yuran sendiri dan berdaftar akaun ToyyibPay institusi untuk pembayaran terus ke akaun bank institusi.
6 - 3 = ? =

Sudah ada akaun? Log masuk di sini